Abu Bakar Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Thursday 2 June 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin bercakap tentang unit trust dan emas.
Unit trust bagi saya ialah touchy subject kerana ada ramai
yang bersumpah tentang kebaikan unit trust berbanding semua
pelaburan lain. Tapi sebelum kita pergi lebih dalam, saya
ingin terangkan dengan ringkas apa itu unit trust.

Unit trust ialah nama lain untuk pelaburan kolektif di mana
organisasi akan mengambil pelaburan dan melaburkannya.
Organisasi tersebut tertakluk kepada perjanjian yaang dibuat.
Setiap unit trust mempunyai objektif pelaburan masing-masing.
Ada yang melabur dalam teknologi hijau. Ada yang melabur
dalam perlancongan dan ada yang melabur dalam perlombongan.

setiap unit trust mempunyai prestasi yang berbeza dan itu
yang saya kurang minat tentang unit trust. Kita perlu
memilih unit trust yang paling bagus dalam melaburkan
duit kita kalau tidak kita yang akan rugi. Selalunya orang
akan melabur duit sedikit demi sedikit ke dalamnya untuk
meminimumkan risiko tapi ada yang suka melabur "lump sum".
Saya tak rekomen sesiapa pun labur sekali gus kecuali
yakin tentang keadaan pasaran dan pelaburan yang dibuat.

- * - * - * - * -

Terbaca komen menarik mengenai unit trust a.ka
mutual fund

- * - * - * - * -

Saya ada membaca satu komen di blog kewangan
tentang pengalamannya melabur dalam unit trust.
B.C melabur ke dalam unit trust dengan membeli
unit trust daripada Public Mutual dan ING pada harga
RM100,000. Tapi setelah melabur selama 3 tahun 6 bulan,
dia akhirnya bengang dengan prestasi unit trust tersebut.
Dia menebus kembali duitnya untuk mendapat RM87 ribu
kembali. Dia hilang RM17 ribu untuk pelaburan tersebut.

Tidak semua unit trust kehilangan nilai semasa
kejatuhan ekonomi. Tapi masalahnya terlalu banyak
unit trust dan setiap unit trust mempunyai objektif
yang menarik. Hampir semuanya memberi "jaminan"
dalam pelaburan. Tapi kita tahu tidak ada perkara
dalam dunia ini tanpa risiko, termasuklah unit trust.

Bayangkan kalau B.C. melaburkan wang tersebut dalam
emas. Daripada lesap RM17 ribu, dia boleh mendapat,
daripada 2008 sampai 2010, lebih kurang 4.31% + 25.04%
+ 20.9% = 50.9% peningkatan atau lebih kurang RM50,900.
Perbezaan melampau ketara ini kerana unit trust
meletakkan pelaburannya ke dalam banyak tempat dan
pasti ada yang untung DAN rugi.

Emas pula? Permintaan emas sedang naik sekarang ini
dan tidak akan berhenti sehingga 2014. (Jika China
tidak menjumpai sumber emas baru pada tahun itu,
China terpaksa bergantung kepada pengimportan emas
untuk memenuhi semua keperluan emasnya)

I rest my case here. Bagi saya walaupun unit trust
boleh menawarkan peratus lebih baik, tapi amat susah
untuk mengetahui yang mana satu terbaik. Sebaliknya
emas, masih lagi mempunyai peningkatan permintaan.

Dan secara umumnya, lagi banyak negara pulih
ekonominya, lagi banyak emas yang akan dibeli kerana
mahu mengelakkan inflasi ekonomi berlaku.

Sebarang pertanyaan dan pembelian emas boleh hubungi saya
atau melalui wakil-wakil yang tersenarai diblog saya.

Fauzi (admin Hijrah Dinar)
012-4002962

0 comments:

Post a Comment

HIJRAH DINAR PRICE

HIJRAH SILVER PRICE

KITCO SPOT PRICE

MALAYSIAN SPOT PRICE


ShoutMix chat widget

Shout Box

About Me

My Photo
Admin Hijrah Dinar
View my complete profile

Followers

Blog Archive

Powered by Blogger.