Abu Bakar Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Tuesday 7 June 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pernah tengok cerita "Kisah Benar" yang disiarkan di TV3?

Ianya mengisahkan perkara-perkara b**** yang dilakukan oleh
orang ramai untuk mendapatkan sesuatu dengan cepat...
walaupun risikonya banyak.

Salah satu cerita yang ditunjukkan adalah mengenai stok.


Tak silap saya pada waktu itu masih lagi dipanggil KLSE,
sekarang Bursa Malaysia.

Cerita mengenai seorang lelaki yang terkena penyakit stok
di mana dia akan melaburkan (memperjudikan) duitnya dengan
harapan stok yang dibeli akan meningkat harganya. Ataupun
"shorting" yang dilakukannya menjadi.

(Shorting ialah kata pelabur untuk menjual stok yang
dipinjam daripada orang lain. Lagi banyak harga turun,
lagi banyak pelabur tu untung kerana dia hanya perlu bayar
harga semasa yang telah turun tu. Shorting kadang-kadang
dipanggil sebagai "reverse trading").

Apa pun pasal cerita tu, dia pada mulanya mendapat duit
yang banyak. Balik rumah, dia beri duit kepada isterinya,
dan isterinya pelik kenapa dia ada banyak duit. Dan
untuk seminggu dua hidup memang seronok.

- * - * - * - * -

Tapi hidup mula berubah selepas itu...

- * - * - * - * -

Dia mula rugi. Ada pelaburan yang gagal. Ada yang dia
harap dapat banyak, tapi lain pula yang jadinya. Duit yang
dia buat sebelum ini lesap begitu sahaja. Dia trade on
margin (dengan kata lain, dia "sewa" duit orang lain
untuk dapat untung... tapi dia gagal juga.

Bayangkan kalau dia ada RM5,000. Tapi dia boleh beli
saham sampai RM10,000. Kalau dia untung, dia boleh untung
dua
kali ganda (walaupun duit dia 5k sahaja) sebab dia
boleh beli saham dua kali ganda lagi banya, dan
kalau dia rugi... dia akan rugi DUA KALI GANDA juga,
sebab dia dah beli saham JUGA dua kali ganda...

Risiko stok biasanya terlalu besar untuk orang biasa.
Tidak ada masa untuk mengetahui semua pemboleh ubah yang ada
dalam pasaran.

Stok biasanya membolehkan kita mendapat 10% tahun
secara average. Pelabur terkaya dunia, Warren Buffet
mendapat 25% setahun secara purata. Itu ialah
pelabur terkaya di dunia.

Tapi jika kita tahu sesebuah syarikat itu dari dalam sampai
luar dan mahu melabur di dalamnya, itu perkara yang baik
kerana lebih banyak maklumat (betul) yang kita ada,
lagi bagus performance kita dalam syarikat itu.
Kita boleh tahu bila kita patut keluar ataupun biar saham
kita meningkat dalam nilai.

- * - * - * - * -

Emas?

- * - * - * - * -

Bagaimana pula dengan emas? Ianya alternatif yang kita boleh
pilih jika kita tidak mahu mengambil risiko dengan stok.

Sebagai contoh, apabila ada konflik (seperti yang berlaku
di Mesir), emas meningkat.

Kenapa?

Sebab mereka merupakan pengimport makanan. Indonesia baru
sahaja membeli 800 ribu TAN (ya... 800,000,000 kilogram!)
gandum . Jauh lebih banyak daripada biasa mereka beli.

Harga makanan akan meningkat, jadi kuasa membeli duit akan mengurang.

Apabila kuasa duit (kertas) mengurang, harga emas akan meningkat.

Dan apabila harga emas meningkat... ianya mungkin di luar
capaian kita. Kita tidak tahu sama ada harga akan
melambung tinggi... ataupun hanya beberapa puluh ringgit.

Nak beli emas? Inilah masanya.

Sekarang sebelum terlambat.

Sekian,

Terima kasih.

Admin Hijrah Dinar

0 comments:

Post a Comment

HIJRAH DINAR PRICE

HIJRAH SILVER PRICE

KITCO SPOT PRICE

MALAYSIAN SPOT PRICE


ShoutMix chat widget

Shout Box

About Me

My Photo
Admin Hijrah Dinar
View my complete profile

Followers

Blog Archive

Powered by Blogger.