Tuesday, 19 July 2011
Posted by
Admin Hijrah Dinar |
Edit Post
Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata
wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang
kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.
Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.
Dinar
berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang
digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya
digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak
beratnya kira – kira 4.5 gram.
Dari
perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti
Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar
(mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro
(mata wang perak Portugis).
Pada
penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas
mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud
Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah
berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine
The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar
dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang
beratnya 4.5 gram.
Mata
wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman
Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh
Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman
bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan
dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap
ummah ketika itu dalam urusan jual beli.
Hanya
pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina
Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata
wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah
pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan
nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat
mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah
mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada
masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah
sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai
tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas
bersamaan dengan 10 dirham perak.
Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.
Category:
Simpanan / Pelaburan Emas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Catagories
- Agama / Hukum-Hakam (1)
- Aktiviti (5)
- Gold Saving / Investment (106)
- Simpanan / Pelaburan Emas (40)
- Ucapan / Wish (6)
- Zakat (2)
HIJRAH DINAR PRICE
HIJRAH SILVER PRICE
KITCO SPOT PRICE
MALAYSIAN SPOT PRICE
Shout Box
About Me
Followers
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment