Friday, 10 June 2011
Posted by
Admin Hijrah Dinar |
Edit Post
MINAT melabur dalam emas kian meningkat sejak kebelakangan ini kerana kesedaran mengenai kekuatan logam berharga itu.
'Kekuatan' emas yang menyerlah itu menimbulkan minat begitu mendalam dalam diri Profesor Dr Ahamed Kameel Mydin Meera terhadap logam tersebut. 'Ketidakseimbangan yang berlaku dalam sistem kewangan ketika ini - sehingga menyebabkan keruntuhan nilai dolar Amerika dan berlakunya krisis di dunia
- disebabkan sistem hari ini tidak lagi dikaitkan dengan nilai sebenar seperti emas,' kata Profesor Dr Ahamed, Ketua Jabatan Kewangan, Kuliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Kajian demi kajian dilakukan, yang memperkuat keyakinannya terhadap logam berharga itu, sehingga mendorongnya menulis beberapa buku berkaitan emas termasuk The Islamic Gold Dinar dan Real Money: Money and Payment Systems From An Islamic Perspective. Sesiapa yang ingin mendengar Profesor Dr Ahamed menyingkap rahsia pelaburan emas boleh menyertai Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian (BH) yang akan diadakan pada 2 Julai ini. Sidang yang diadakan buat kali ketujuh itu dianjurkan oleh meja Ekoniaga BH. Dalam ceramahnya yang julung-julung kali diadakan di Singapura, Profesor Dr Ahamed akan mengupas hujahhujah dari sudut agama dan konvensional mengenai pelaburan emas, perbezaan melabur dalam pelbagai jenis produk pelaburan berkaitan emas serta risiko-risiko berkaitan pelaburan itu. Menurutnya, emas menarik ramai pelabur kerana logam itu merupakan satu wadah perlindungan terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Lantas, para pelabur menggunakan emas untuk mempelbagai portfolio pelaburan mereka. 'Apabila membuat kajian, saya mula sedar betapa indahnya agama Islam yang menjadikan emas sebagai pengukur mahar (mas kahwin) dan zakat,' jelasnya ketika dihubungi melalui panggilan jauh di Kuala Lumpur. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, dinar emas dan dirham perak telah dijadikan mata wang. Akibat krisis ekonomi yang berlaku di dunia, beberapa pengamat termasuk Presiden Bank Dunia, Encik Robert Zoellick, telah membentangkan hujah mengapa emas harus digunakan sebagai 'rujukan' dalam sistem kewangan ketika ini. Sejak menulis bukunya yang pertama pada 2002, Profesor Dr Ahamed menyatakan harga emas telah meningkat dengan banyak sebanyak lima kali daripada AS$260 ($322) setiap satu auns hingga mencapai sekitar AS$1,500 ketika ini. Banyak pilihan pelaburan berkaitan emas mula muncul dalam banyak negara termasuk Singapura, yang akan dijelaskannya dalam sidang itu. Selain wafer emas yang boleh dilaburkan, jenis-jenis pelaburan emas yang ditawarkan dalam pasaran juga kan diketengahkan. Profesor Dr Ahamed juga akan menyentuh mengenai risiko-risiko yang terdapat dalam pelaburan emas. Sidang Perancangan Kewangan BH akan diadakan di Hotel Concorde dari 12.30 tengah hari hingga 6 petang. Pendaftaran bermula pada 12 tengah hari dan sidang akan bermula 1.30 petang. Dewan solat akan disediakan untuk peserta yang datang awal sebelum sidang dimulakan. Lima penceramah telah diundang bagi menjayakan sidang itu dan butir sidang boleh didapatkan dalam iklan di halaman ini. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar segera dengan menghubungi talian hotline 8206-9319 atau e-mel kepada info@ev.com.sg. Bayaran untuk menyertai sidang ialah $58 jika pendaftaran dibuat sebelum 18 Jun. Selepas tarikh itu, bayarannya dinaikkan kepada $78.
Category:
Simpanan / Pelaburan Emas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Catagories
- Agama / Hukum-Hakam (1)
- Aktiviti (5)
- Gold Saving / Investment (106)
- Simpanan / Pelaburan Emas (40)
- Ucapan / Wish (6)
- Zakat (2)
HIJRAH DINAR PRICE
HIJRAH SILVER PRICE
KITCO SPOT PRICE
MALAYSIAN SPOT PRICE
Shout Box
About Me
Followers
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment