Saturday, 11 June 2011
Posted by
Admin Hijrah Dinar |
Edit Post
MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang
emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan
sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac
Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat
dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober
2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak
AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga
terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50
seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima
tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak
152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang
mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus.
Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi
keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang
lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas
ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun
harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas
bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans
diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini
boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang
menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak
menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa
pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan
boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan
di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika.
Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar
Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung
nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan
menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura
negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar
Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan
kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang
bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu
telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi.
Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar
menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion
pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan
nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum
akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan
dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas
juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk
melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam
www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan
membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara
tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil
pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam
sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF
(Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold
ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun,
Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United
Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh
emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat
sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri
daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini
diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang
terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis
ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh
dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang
lebih selamat daripada pergolakan harga.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia
Category:
Simpanan / Pelaburan Emas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Catagories
- Agama / Hukum-Hakam (1)
- Aktiviti (5)
- Gold Saving / Investment (106)
- Simpanan / Pelaburan Emas (40)
- Ucapan / Wish (6)
- Zakat (2)
HIJRAH DINAR PRICE
HIJRAH SILVER PRICE
KITCO SPOT PRICE
MALAYSIAN SPOT PRICE
Shout Box
About Me
Followers
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment