Abu Bakar Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Wednesday 14 September 2011
DEFINASI ZAKAT
Dari segi bahasa:
 Kebersihan, kesucian dan memperbaiki
 Kesuburan dan pertambahan
Dari segi istilah syara’ :
Mengeluarkan sebahagian dari harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.


JENIS ZAKAT HARTA
 Zakat Pendapatan
 Zakat Wang Simpanan
 Zakat Perniagaan
 Zakat Tanaman
 Zakat KWSP / LTAT
 Zakat Saham
 Zakat Ternakan
 Zakat Emas & Perak
 Qadha Zakat

TUJUAN BERZAKAT
 Beribadat kepada ALLAH
 Membantu golongan tidak berada.
 Merapatkan jurang perbezaan sesame manusia.
 Memaju dan meningkatkan ekonomi umat Islam.

SYARAT-SYARAT WAJIB BERZAKAT
 Orang-orang Islam - yang memiliki harta / wang, emas, perak, saham, ahli perniagaan, menternak binatang, bertani (padi) dan bekerja sama ada di jabatan kerajaan atau swasta yang memperolehi gaji bulanan.
 Merdeka – Orang Islam juga mestilah bebas sepenuhnya (bukan hamba).
 Sempurna milik – pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dan bebas menggunakannya).
 Cukup Nisab – Harta itu mestilah cukup nisab iaitu bersamaan / melebihi 85 gram emas (mengikut harga emas semasa).
 Cukup Haul – Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun hijrah kecuali kecuali pertanian dan pendapatan.

DALIL KEWAJIPAN BERZAKAT

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”
(Surah Al – Baqarah : 267)

“Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan diri mereka dari dosa harta (tidak berzakat) dan menyucikan jiwa mereka dari akhlak yang buruk (bakhil dan tidak bersyukur).”
(Surah At – Taubah : 103)

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih yang tidak terperi sakitnya. Pada hari itu dibakar emas dan perak (harta benda mereka) dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka sambil dikatakan kepada mereka, inilah apa yang kamu simpan untuk kamu sendiri, dari itu rasakanlah (azab dari) apa yang kamu simpan.”
(Surah At – Taubah : 34 & 35)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Kawallah keselamatan harta benda kamu dengan benteng-benteng zakat”
(Riwayat Abu Daud)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu beri zakat maka jangan lupa pahalanya, iaitu dengan berkata:
“Wahai tuhan! Jadikanlah ia satu keuntungan dan jangan jadikannya suatu kerugian.”

HUKUM ORANG YANG ENGGAN MEMBAYAR ZAKAT
 Murtad (terkeluar Islam). Jika seseorang itu mengingkari tentang wajibnya hokum mengeluarkan zakat.
 Berdosa besar jika enggan membayar zakat tetapi masih tetap beri’tiqad bahawa hukum zakat itu adalah wajib.
Dalam keadaan ini pemerintah Islam bertanggungjawab mengambil zakat dengan paksa serta menghukum orang yang enggan itu dengan hukuman “ta’zir”. Sekiranya mereka terdiri dari satu kumpulan yang ramai bilangannya dan mempunyai kekuatan pertahan, maka pemerintah Islam bertanggungjawab memerangi mereka sehingga tunduk menyerah dan membayar zakat. Hal ini diterangkan oleh hadith riwayat Bukhari dan Muslim :

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Saya diperintahkan untuk memerangi mereka, kecuali bila mereka mengikrarkan syahadat bahawa tidak ada tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah RasulNya, mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Bila mereka sudah melaksanakan hal itu, maka darah mereka sudah memperolehi perlindungan daripada saya, kecuali oleh kerana hak-hak Islam lain, yang dalam hal ini perhitungannya diserahkan kepada ALLAH.”

KADAR ZAKAT
Hanya 1 / 40 atau 2.5% daripada jumlah harta yang layak dizakatkan. (Kecuali Zakat Ternakan dan Tanaman)

KAEDAH MENGIRA ZAKAT
Zakat dikeluarkan setelah cukup syarat-syarat wajibnya.

1. ZAKAT PENDAPATAN
a) Pendapatan / Gaji
MAINPP melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan bahawa pendapatan / gaji individu adalah diwajibkan zakat.

Kadar zakat ialah 2.5% ke atas jumlah pendapatan yang layak dizakatkan (selepas tolakan yang dibenarkan) iaitu jumlah yang bersamaan atau lebih dari nisab (lihat contoh pengiraan).

b) Pendapatan dari semua sumber
Ambilan perniagaan, pendapatan sewa rumah, hasil pelaburan, gaji bulanan, pendapatan sambilan, pendapatan jualan buah-buahan, bonus, ganjaran, saguhati, tunggakan dan sebagainya adalah dikira sebagai pendapatan.

2. ZAKAT SIMPANAN
a. Setelah berlalu haul simpanan iaitu 1 tahun hijrah dan dikira di atas baki yang terendah. Jika sama atau melebihi nisab wajib dikeluarkan zakat.
b. Jika simpanan dalam salah satu akaun sudah mencukupi atau melebihi nisab maka simpanan di dalam akaun-akaun lain, walaupun kurang dari nisab wajib dikenakan zakat.
Contoh :
Katakan Simpanan Tabung Haji (LTH) RM10,000 dan simpanan lain (di BSN RM1,000 dan di BIMB RM500) Oleh kerana simpanan di LTH telah melebihi nisab, simpanan yang lain secara langsung adalah wajib dikeluarkan zakat iaitu 2.5% X RM1,500 = RM37.50 (pihak LTH telah membayar zakat ke atas pendepositnya).

Zakat hanya dibayar setahun sekali. Jika pemilikan tersebut berterusan zakat simpanan wajib dikeluarkan untuk tahun yang berikutnya.

3. ZAKAT EMAS & PERAK
Terdapat dua keadaan untuk pembayaran zakat emas.

a. Emas Yang Tidak Dipakai (Disimpan saja)
Wajib dikeluarkan apabila cukup atau lebih daripada nisab iaitu pada kadar harga semasa 85 gram emas.
Contoh: RM10,000 X 2.5% = RM250

b. Emas Yang Dipakai
 Tidak wajib dikeluarkan zakat atas emas yang dipakai sebagai perhiasan.
 Tetapi wajib dikeluarkan jika melebihi uruf (kebiasaan setempat) Uruf di Pulau Pinang ialah 165 gram.
 Hanya berat / harga emas dikira untuk pengiraan zakat tanpa mengambil kira batu permata, berlian, delima, zamrud dan lain-lain.

Contoh : Emas yang dipakai RM10,000 X 2.5% = RM250

Nota : Pengiraan adalah mengambilkira jumlah keseluruhan emas.

c. Perhiasan Perak sama ada yang dipakai atau tidak, ianya wajib dizakatkan jika beratnya 595 gram atau lebih.

4. ZAKAT KWSP / LTAT (CARUMAN BERKANUN)
 2.5% atas caruman KWSP / LTAT ketika dikeluarkan sama ada selepas bersara atau dikeluarkan untuk tujuan-tujuan lain sebelum bersara. Zakat dibayar setiap kali pengeluaran dibuat.
 Jika pengeluaran tersebut tidak mencukupi nisab, maka jumlah tersebut hendaklah dicampurkan dengan pengeluaran berikutnya.

5. ZAKAT SAHAM
Zakat ke atas saham tidak perlu dibayar sekiranya syarikat telah mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang saham-sahamnya. Sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakatnya, wajiblah bagi setiap pemegang saham membayarnya seperti berikut :

 Keadaan Pertama :
Jika pemilik saham bertujuan untuk melabur dalam syarikat untuk mendapat dividen setiap tahun dan pelaburan tersebut tidak genap setahun, zakat dikenakan pada kadar 2.5% ke atas dividen sahaja. (Jumlah dividen yang diterima dicampurkan dengan lain-lain pendapatan bagi tujuan menentukan nisab).

 Keadaan Kedua :
Jika sijil saham dimiliki untuk tujuan diperniagakan berdasarkan harga pasaran semasa (contohnya, Saham yang disenaraikan di Bursa Saham) zakat dikenakan pada kadar 2.5% ke atas nilai pasaran saham yang diperolehi dari aktiviti jual beli saham sepanjang haul.

6. QADHA ZAKAT
Semua jenis zakat adalah wajib dan jika tidak ditunaikan semasa ianya wajib berzakat, hendaklah ditunaikan sekarang. Inilah yang dikatakan qadha zakat.

7. ZAKAT PERNIAGAAN
A. Kewajipan Zakat Harta Perniagaan

ALLAH S.W.T telah mewajibkan zakat ke atas harta perniagaan melalui ayat Al Quran (bermaksud)

“Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (zakatkanlah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik”
(Surah Al-Baqarah : 256)

Sabda Rasulullah S.A.W (yang bermaksud)

“maka sesungguhnya, Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat bagi harta benda yang kami sediakan untuk dijual.”
(Riwayat Abu Daud)

B. Syarat-syarat Wajib Zakat Perniagaan
 Islam (Zakat dikira mengikut nisbah modal milikan peniaga Islam sahaja)
 Pemilikan Sempurna (memiliki zat bersama manfaatnya)
 Niat menjalankan perniagaan (harta yang diperolehi dengan niat dan tujuan untuk diperniagakan)
 Cukup haul (iaitu cukup tempoh setahun hijrah dari tarikh dimulakan perniagaan: haul seterusnya tidak berubah dengan penambahan modal atau barang perniagaan)
 Cukup nisab pada tarikh akhir haul (Nisab = Nilai semasa 85 gram emas)

C. Pengiraan Zakat Perniagaan
Pengiraan zakat perniagaan mengikut kaedah syariah adalah berdasarkan kedudukan Harta Perniagaan (modal kerja) pada tarikh akhir haul (sama ada untung atau rugi)

Harta Perniagaan = Aset Semasa tolak Liabiliti Semasa = Pelarasan

Zakat Perniagaan = Harta Perniagaan X % Modal Islam X 2.5%

Contoh : Pengiraan Zakat Perniagaan.
A. Aset semasa yang dikenakan zakat RM
 Stok Niaga (Barangan Siap) 25,000
Penghutang Perniagaan
 (selepas ditolak hutang ragu) 60,000
 Sekuriti Pelaburan Jangka Pendek 20,000
 Deposit Tetap / Akaun Pelaburan di bank
(tidak bersyarat) 50,000
 Wang Tunai di bank 45,000
 Wang Tunai Di tangan 3,000

Jumalah Liabiliti Semasa yang dibenarkan 203,000

B. Tolak Liabiliti Semasa yang Dibenarkan (Liabiliti operasi)
 Penghutang Perniagaan 50,000
 Belanja Terakru (Kos Operasi sahaja) 12,000
 Peruntukan Cukai (cukai tahun semasa sahaja) 2,000
 Lain-lain Liabiliti yang diwajibkan atas perniagaan 1,000

Jumlah Liabiliti Semasa yang dibenarkan 65,000

C. Aset Semasa Bersih ( A – B ) 138,000
Pelarasan (+/-) contohnya:
(-) Hasil Tak Suci (Faedah bank) (2,500)
(-) Hasil Yang Bersih Zakat (Dividen dari sumber yang telah
Dibayar zakat) (1,000)
(+) Pembelian Aset Tetap pada akhir haul (sukuan terakhir) 2,000
(+) Pembahagian Keuntungan (Dividen, Honorarium Pengarah,
Gaji Pemilik, Ambilan Tunai dan sebagainya perlu bersih zakat
dahulu) 18,000

D. Nilai Yang Dikenakan Zakat 154,500
E. Kadar Zakat 2.5%
F. % Pemilikan Muslim (contoh: 100%) 100%
G. Jumlah Zakat Jika (D) melebihi nisab (D X E X F) 3,863

8. ZAKAT TERNAKAN
Zakat ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang ternakan daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

a. Syarat Wajib Ternakan
 Selain syarat wajib seperti Islam, Merdeka, Milik Sempurna, Cukup Nisab dan Haul, syarat tambahan bagi zakat ternakan ialah binatang tersebut tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak, menarik kereta dan bebas merumput.
 Bagi yang menternak untuk tujuan perniagaan seperti membekalkan binatang korban di musim perayaan, maka ianya termasuk didalam zakat perniagaan dan tertakluk kepada syarat-syarat wajib zakat perniagaan.

KADAR PENGIRAAN ZAKAT LEMBU / KERBAU

NISAB KADAR ZAKAT
Bil. (ekor) Bil. (ekor) Jantina Umur
30 – 39 1 Jantan 1 Tahun +
40 – 59 1 Betina 2 Tahun +
60 – 69 2 Jantan 1 Tahun +
70 – 79 1 dan 1 Jantan & Betina 1 Tahun & 2 Tahun +
80 – 89 2 Betina 2 Tahun +
90 – 99 3 Jantan 1 Tahun +

JADUAL PENGIRAAN ZAKAT KAMBING / BIRI-BIRI

NISAB KADAR ZAKAT
Bil. (ekor) Bil. (ekor) Jantina Umur
40 - 120 1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing Jantan / Betina 1 Tahun
2 Tahun
121 - 200 2 ekor kambing biri-biri atau 2 ekor kambing Jantan / Betina 1 Tahun
201 - 399 3 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing Jantan / Betina 1 Tahun
2 Tahun
Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor 1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing Jantan / Betina 2 Tahun


9. ZAKAT TANAMAN / PADI
Pengiraan zakat padi tertakluk ke atas harga jualan padi, setelah ditolak kos yang dibenarkan. Jika nilai jualan padi pada musim pertama kurang dari nisab, maka hendaklah dicampurkan ke musim kedua di dalam tahun yang sama.

Kaedah Pengiraan Zakat Tanaman (Padi)

Nisab Padi : 363 gantang, 1300 kilogram atau 1.3 tan atau bersamaan dengan nilai RM1,300 (berdasarkan harga di pasaran).

Kadar : 10% keatas nilai bersih selepas ditolak kos yang dibenarkan seperti kos baja / racun, sewa, upah kerja dan pengangkutan. Penentuan ukuran nisab adalah selepas ditolak kos. Sekiranya harga padi selepas ditolak kos operasi kurang dari RM1,300 maka zakat tidak diwajibkan.

Subsidi : Subsidi padi dikira sebagai harta perolehan (al-mal al-mustafad) oleh itu ianya termasuk di dalam pengiraan zakat dengan kadar 2.5% (atas nilai keseluruhan harga subsidi padi)

0 comments:

Post a Comment

HIJRAH DINAR PRICE

HIJRAH SILVER PRICE

KITCO SPOT PRICE

MALAYSIAN SPOT PRICE


ShoutMix chat widget

Shout Box

About Me

My Photo
Admin Hijrah Dinar
View my complete profile

Followers

Blog Archive

Powered by Blogger.