Abu Bakar Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Thursday 5 May 2011
Emas adalah anugerah Tuhan yang bernilai untuk selama-lamanya. Sejak 6000 tahun dahulu manusia telah menggunakan emas sebagai medium pertukaran (tamadun Mesir purba) dan dalam erti kata lain emas juga sebagai simbol kekayaan dan kekuasaan. Emas mempunyai nilai intrinsic yang tersendiri dan emas telah terbukti sebagai penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang.
Abu Bakar Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak)”

“Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal”
Kegemaran golongan wanita menggunakan barang perhiasan berasaskan emas harus digalakkan supaya menjadikan hobi itu sebagai pelaburan utama memandangkan nilai emas melonjak tinggi hampir setiap tahun. Naik turun nilai emas tidak terlalu dipengaruhi oleh kadar  inflasi. Kenaikan harga emas kini didorong oleh dolar AS yang lemah dan risiko inflasi yang tinggi. Sebahagiannya disebabkan oleh harga petrol yang tinggi. Emas yang menjadi penarik yang utama kepada pelabur dan pembeli barang kemas disifatkan sebagai pelaburan terbaik dan selamat ketika ketidaktentuan ekonomi serta politik sekarang.
ASET KEWANGAN YANG KUKUH
Harga emas telah meningkat lebih 3 kali ganda sejak tahun 2000, peningkatan ini pada nilai purata sebanyak 30% hingga 50% setahun. Tiada penyusutan nilai dari tahun ke tahun sejak 10 tahun yang lepas.

KENAIKAN HARGA EMAS DALAM TEMPOH 30 HARI
Harga pada 23 March 2011 USD 1440 / auns. Peningkatan harga emas sehingga 22 April 2011 ialah USD 1507.70 / auns. Kenaikan ini bersamaan dengan kadar  4.70% dalam tempoh 30 hari.

KENAIKAN HARGA EMAS DALAM TEMPOH 60 HARI
Harga emas pada 21 Feb.2011 adalah USD 1407 / auns telah meningkat sehingga USD 1507.70 pada 22 Apr,2011. Dalam tempoh 60 hari kenaikan harga emas pada kadar  7.16%
KENAIKAN HARGA EMAS DALAM TEMPOH 1 TAHUN
Harga emas pada 23 April 2010 adalah USD 1153 / auns telah meningkat kepada USD 1507.70 / auns pada 22 April 2011. Kenaikan harga emas pada kadar  30.80% setahun.
KENAIKAN HARGA EMAS DALAM TEMPOH 5 TAHUN
Harga emas pada April 2006 adalah USD 561.50 / auns telah meningkat kepada USD 1507.70 / auns pada April 2011. Kenaikan harga emas pada kadar 168.50% dengan kadar purata sebanyak  33.70% setahun.
KENAIKAN HARGA EMAS DALAM TEMPOH 10 TAHUN
Harga emas pada April 2001 adalah USD 262 / auns telah meningkat kepada USD 1507.70 pada April 2011. Kenaikan harga emas sebanyak  475.50% dengan kadar purata sebanyak  47.55% setahun.
TERJAMIN
Nilai biasanya kekal walaupun ketika waktu kurang stabil dan krisis ekonomi
MENGURANGKAN RISIKO KEWANGAN
Kaedah yang terbaik dan selamat untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan dan mengurangkan risiko terdedah kepada kelas aset yang tertentu.  Emas merupakan pelindung inflasi yang terbaik yang mana ianya dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangkamasa panjang. Emas tidak dipengaruhi oleh kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

PELINDUNG KEPADA DOLAR AMERIKA SYARIKAT YANG EFEKTIF
Melindungi daripada ketidakstabilan dan kelemahan matawang dagangan utama dunia.

PERMINTAAN DAN PEMBEKALAN
Permintaan emas yang terus meningkat, mengatasi pembekalan dan ini mempengaruhi harga emas (harga semakin meningkat).
KELEBIHAN DINAR (EMAS)
ü  Emas mempunyai nilai intrinsic yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang diseluruh dunia.
ü  Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
ü  Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Emas mampu melindungi kekayaan anda.
ü  Boleh digunakan sebagai bayaran Mas Kahwin.
ü  Penggunaan Dinar (matawang Islam) membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
ü  Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan dinar (emas).
ü  Sesuai untuk simpanan jangka panjang seperti Simpanan Pendidikan anak-anak, Simpanan Haji dan Simpanan Persaraan.
Namun kesedaran rakyat Malaysia terhadap simpanan dan pelaburan emas masih rendah. Pulangan dari Simpanan Tetap (FD) hanya 2% hingga 4% setahun, Tabung Haji Cuma 4% – 5% setahun, ASB sekitar 7% - 9% setahun dan pelaburan-pelaburan dalam Unit Trust (Amanah Saham) purata 10% - 15%) berbanding kenaikan atau pulangan dari simpanan dan pelaburan emas jauh lebih baik dan terjamin dalam tempoh panjang iaitu sekitar 30% hingga 50% setahun. Mengikut data dan statistik terkini harga emas sejak dari awal tahun 2011 hingga kini telah meningkat sebanyak 30%. Pakar-pakar ekonomi dunia menjangkakan kenaikan harga emas pada tahun ini melebihi USD 2000 per auns.

0 comments:

Post a Comment

HIJRAH DINAR PRICE

HIJRAH SILVER PRICE

KITCO SPOT PRICE

MALAYSIAN SPOT PRICE


ShoutMix chat widget

Shout Box

About Me

My Photo
Admin Hijrah Dinar
View my complete profile

Followers

Blog Archive

Powered by Blogger.