Abu Bakar Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Sunday 29 May 2011

Salam Sejahtera, Apa khabar, harap anda sihat hendaknya..

Hari ini saya ingin bercakap tentang ASB vs Emas. Saya akan
menerangkan seobjektif mungkin mengenai kedua-dua pelaburan ini
dan anda boleh membuat keputusan pelaburan mana yang lebih baik.
Kita lihat dahulu prestasi pelaburan ASB dan Emas untuk tiga tahun.
Saya mengambil data pada tarikh terakhir pelaburan emas dan
data yang dikeluarkan Amanah Saham.

ASB
2007: +8 sen, bonus 1 sen atau 9%
2008: +7 sen, bonus 1.75 sen atau 8.75%
2009: +7.3 sen, bonus 1.25 sen atau 8.55%
total = +26.3%
Emas
2007: +$201.75/oz atau 31.92%
2008: +$36.00/oz atau 4.31%
2009: +$217.75/oz atau 25.04%
total = +61.27%
Perbezaan antara kedua-duanya: 34.97% atau 2.3 kali
ganda perbandingan.
Performance kedua-duanya dibandingkan di atas.
Emas secara average 2.3 kali ganda lebih baik. Walaupun ASB
dikatakan mempunyai risiko lebih rendah, tetapi emas tidak memberi
pulangan negatif sehingga 2010. Walaupun harga emas kadang
kala turun mendadak, ianya kerana orang ramai mengambil
keuntungan daripada kenaikan harga.
ASB pula diurus sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional dan
kerajaan mahu ASN memberi pandangan positif tentang pengurusan
wangnya dalam ASN. Jadi itu salah satu sebab pulangan 99% positif.
Emas pula meningkat 5 tahun kebelakangan ini kerana pelabur
mula perasan tentang kelemahan wang fiat. Wang kertas yang
mempunyai nilai berdasarkan kata kerajaan (atau bank pusat).
Jadi mereka melabur dalam emas sebagai pelindung kewangan
jika wang fiat sudah tidak dipercayai lagi (salah satu sebab
kegagalan wang ialah hilanganya kepercayaan orang ramai
terhadap wang tersebut).
Dengan China terburu-buru menyimpan dan membeli emas
(sebenarnya China mempunyai simpanan emas terendah
dunia), tak hairanlah China sekarang salah satu pembeli
emas terbanyak dunia, di belakang India (pengguna
emas paling banyak di dunia).
Itu salah satu sebab kenapa emas diminati sekarang.
Orang ramai mempercayainya sebagai agen pelaburan
jangka panjang. Walaupun pulangannya tinggi, ianya juga dipercayai.
ASB pula sentiasa positif kerana kerajaan perlu memaparkan imej
bahawa mereka pandai menguruskan wang (dan memang betul
kerajaan pandai uruskan pelaburan ASN).
Jadi anda boleh pilih salah satu pelaburan di atas. Satu mendapat
kepercayaan orang ramai (di seluruh dunia, termasuk kerajaan
Malaysia sendiri). Satu mendapat kepercayaan kerajaan sebagai
agen pelaburannya.
Anda hampir pasti tidak akan rugi memilih salah satu atau
campur kedua-duanya. Tapi untuk jangka panjang (kerana emas
dilihat semakin penting), emas pilihan yang menarik berbanding
ASB.

0 comments:

Post a Comment

HIJRAH DINAR PRICE

HIJRAH SILVER PRICE

KITCO SPOT PRICE

MALAYSIAN SPOT PRICE


ShoutMix chat widget

Shout Box

About Me

My Photo
Admin Hijrah Dinar
View my complete profile

Followers

Blog Archive

Powered by Blogger.