Macam mana nak kenal aset dan macam mana nak kenal liabiliti. Tahukah
anda apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa itu aset dan
apa itu liabiliti, maka kita berpeluang mencapai "tahap menghampiri
jutawan". Ini kerana 99% manusia di dunia ini telah membazirkan usia
mereka dengan membeli liabiliti. Hanya 1% manusia sahaja yang
betul-betul membeli aset dalam hidup mereka. Dan golongan 1% ni
benar-benar memahami apa yang dikatakan aset dan apa yang dikatakan
liabiliti.
Apa yang dikatakan aset adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :
(1)
wang tunai anda bertambah dengan menyimpan wang tunai anda dibank /
koperasi yang dapat memberi pulangan faedah melebihi kadar inflasi
semasa
(2) harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu dengan membeli dan menyimpan emas
(3)
perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif dengan
mengenali dan memahami apa yang dimaksudkan untung, rugi dan tidak
berubah
(4) pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan
yang positif dengan membeli hartanah yang memberikan anda pulangan sewa
yang positif
(5) hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai dengan menggunakan teknik pengumpilan
Apa yang dikatakan liabiliti pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :
(1) wang tunai anda berkurangan dengan berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat
(2)
harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh
tertentu dengan membeli rumah atau kereta yang tidak sesuai dengan
perolehan pendapatan anda
(3) perniagaan yang anda usahakan
memberi aliran tunai negatif dengan tidak mengenali dan memahami apa
yang dimaksudkan untung, rugi dan tidak berubah
(4) pelaburan
yang anda buat memberi aliran tunai negatif denganmemberli hartanah yang
memberikan anda pulangan sewa yang negatif
(5) hutang yang anda
buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai dengan 'mengikat diri'
pada skim bayaran mudah, kad kredit dan pinjaman peribadi
Kesimpulannya,
jika anda ingin mencapai "tahap menghampiri jutawan", anda mesti
membeli aset yang betul dan mengelakkan diri daripada terperangkap
dengan membeli liabiliti. Ingat !!! Ini adalah syarat utama jika anda
serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.
"orang
miskin ( 99% ) membazirkan umur dengan membeli liabiliti. Manakala
orang kaya ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk
membeli aset yang betul. Inilah sebab utama yang menjadi punca mengapa
orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin
"
No comments:
Post a Comment